• 14Aug

    KENYATAAN AKHBAR RASMI ALUMNI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM SEMALAYSIA TERHADAP CADANGAN YAB MB SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM UNTUK MEMBUKA KUOTA 10% KEPADA PELAJAR BUKAN BUMIPUTERA - 12/8/2008

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

    Menyorot kembali kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertarikh 10 Ogos 2008 yang mencadangkan agar UiTM membuka 10% kuota kemasukannya kepada bukan bumiputera, Pihak Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM SeMalaysia sekeras-kerasnya membantah cadangan ini kerana ianya secara jelas bertentangan dengan falsafah penubuhan UiTM iaitu untuk memberikan pendidikan tinggi kepada golongan Melayu dan Bumiputera agar mampu menjadi pemacu utama terhadap pembangunan Negara seterusnya meletakkan golongan bumiputera setaraf bangsa-bangsa lain di malaysia. Sebagai sebuah institusi terakhir yang begitu signifikan dan telah memberikan sumbangan yang besar terhadap survival Bangsa Melayu dan kemajuan negara setelah 52 tahun kewujudannya adakah wajar jasa UiTM ditolak ketepi dan perlu dibuka kepada kaum-kaum lain diatas tiket bahawa pelajar UiTM tidak pandai bermesra dan bercampur gaul dengan masyarakat bukan bumiputera sewaktu mereka berkerjaya kelak? Jawapannya sudah semestinya adalah tidak kerana UiTM masih lagi relevan dan berkeupayaan untuk melahirkan golongan professional dan teknokrat bumiputera yang berwibawa seterusnya berganding bahu bekerja bersama-sama golongan bukan bumiputera didalam mencapai objektif sesebuah organisasi. Perkara ini adalah jelas dan ianya telah dibuktikan untuk sekian lamanya serta tidak perlu lagi untuk dipertikaikan. Sebagai contoh terhadap kejayaan-kejayaan lepas alumni UiTM setelah 52 tahun kewujudannya adalah tokoh-tokoh ternama dibidang korporat yang begitu membanggakan bukan sahaja kepada Bangsa Melayu tetapi kepada negara kita secara keseluruhannya iaitu seperti Tan Sri Jamil Sulong,Datuk Seri Farid Redzuan,..dan ramai lagi. Sekiranya benar dasar tertutup UiTM membataskan percampuran diantara pelajar bumiputera dan bukan bumiputera bagaimanakah tokoh-tokoh ini mampu untuk mengepalai organisasi masing-masing sebagaimana pada hari ini. Justeru itu adalah begitu menjadi tanda tanya mengapa perkara ini (membuka 10% kuota kemasukan kepada bukan bumiputera) perlu diketengahkan lagi untuk dibincangkan dikala umat melayu sedang berhadapan krisis perpaduan.

    Melalui kenyataan rasmi ini pihak Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia secara tegas ingin menarik perhatian umum terhadap cadangan YAB Tan Sri Abdul Khalid di dalam memasukkan kaum bukan bumiputera didalam UiTM sebagai persediaan awal kepada pelajar bergaul lebih mesra dengan pelajar bukan bumiputera adalah sebagai SESUATU YANG TIDAK WAJAR serta bersifat JUMUD berhubung sejarah dan falsafah penubuhan UiTM. Sekiranya diamati dari sudut logiknya, tidak semestinya hanya melalui kaedah ini sahaja(pembukaan kuota kemasukan pelajar kepada kaum bukan bumiputera), para pelajar bumiputera dan bukan bumiputera mampu bergaul mesra sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan. Pergaulan yang mesra ini juga mampu disemai melalui kegiatan ko-korikulum secara kerjasama diantara UiTM dan universiti lain tanpa perlu merubah atau menyentuh aspek dasar pengambilan pelajar UiTM. Sememangnya untuk sekian lama-nya, mahasiswa/i UiTM melalui kegiatan-kegiatan persatuan dalaman sedia ada telah mewujudkan program seumpama ini dan ianya terbukti mampu mewujudkan hubungan mesra di antara pelajar bangsa lain.

    Sewajarnya sebagai sebuah organisasi yang mewakili kepimpinan bekas anggota-angota Majlis Perwakilan Pelajar UiTM SeMalaysia dari seluruh cawangan, pihak kami amat memandang serius terhadap cadangan yang dikemukakan oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid ini kerana ianya berhubung kait dasar keistimewaan orang Melayu yang dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan melalui Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong selaku Canselor UiTM. Justeru, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan keseluruhan ahli dan warga UiTM yang hampir 100,000 orang di seluruh Malaysia sekiranya keadaan mendesak.

    TINTA PPENGERUSI
    ALUMNI MAJLIS PERWAKILIAN PELAJAR ( Alumni MPPUiTM )
    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

    Tags:

  • 12Aug

    Blog ini akan menyiarkan segala pandangan, komen dan maklum balas pihak Alumni MPPUiTM berkaitan isu semasa dalam dan luar negara menerusi perspektif dan kaca mata pemimpim pelajar.

   

Recent Comments

  • I just want to take some money! :) ...
  • salam, berkenaan dgn isu ini, pada pendapat saya ianya ad...
  • Hi all! ...
  • Bila berkuasa Mula gelap mata.. lupa diri.. Jadi Boneka......
  • saya selaku pendukung hak2 melayu dan islam membantah sekera...